Sejarah Penubuhan Kampus Kesihatan USM

Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian,Kelantan ditubuhkan pada Ogos 1983 khusus untuk bidang perubatan dan separa perubatan. Kedudukannya 5 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu menjadikan ianya senang dikunjungi samada dengan menggunakan perkhidmatan awam mahu pun kenderaan sendiri.
Bermula dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), kampus ini berkembang setelah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dipindahkan dari kampus induk di Pulau Pinang ke kampus di Kelantan seluas 72.84 hektar ini.
Kompleks pusat pengajian, Desa Rakyat, asrama pelajar, asrama jururawat, perpustakaan perubatan, kompleks sukan dan rumah haiwan di bangunkan dalam Projek Fasa 1. Projek pembangunan ini siap pada awal tahun 1990. Keseluruhan PPSP berpindah dari kampus induk pada Jun 1990. Inilah juga detik permulaan jentera pentadbiran Kampus Kesihatan. Setelah itu, dua buah pusat pengajian baru menyusul pula iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) menjadikan Kampus Kesihatan lengkap sebagai pusat pengembangan ilmu dan pakar selain kemudahan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan untuk dimanfaatkan oleh staf dan pelajar.

No comments:

Post a Comment